Sabtu, 18 Agustus 2007

melajukan capaian dial-up

melajukan capaian dial-up network

Bahagian 1 - Pengenalan


Jika anda bertanya soalan ini kepada Jaring atau Tmnet, jawapan yang diberi mudah sahaja. Jangan gunakan dial-up sebaliknya menggunakan leased line atau ISDN. TimeNet semasa rencana ini ditulis menyediakan capaian jalur lebar (broadband connection) tanpa wayar di kawasan terpilih iaitu di sekitar ibu pejabat Time. Jaring juga ada internet jalur lebar tapi harganya tidak mampu untuk rakyat biasa. TMnet ada streamyX. Pergilah ke pejabat Telekom Malaysia bertanya tentang broadband internet connection kepada pertugas telekom malaysia .....
Bagi kebanyakkan pengguna biasa yang hanya mampu menggunakan dial-up jangan harap ISP anda akan membantu anda kerana bagi mereka lagi lambat capaian internet anda lagi bagus kepada mereka kerana lagi banyak wang masuk ke kantong mereka.

Well don't despair. kindaichi will help ya.

Kelajuan capaian internet dipengaruhi oleh berbagai faktor iaitu :

Modem
Sistem komputer (hardware)
Internet software
Talian telepon
ISP
Lalu-lintas internet semasa
Remote host tujuan


Bahagian 2 - Modem

Panduan memilih modem yang bagus
Modem adalah komponen utama bagi dial-up internet. Ia adalah alat yang membolehkan pc anda berhubung dengan dunia luar. Modem tidak sama antara satu sama lain walaupun ia dari keluaran jenama yang sama tetapi model berlainan.

Faktor-faktor yang perlu diperhatikan bila memilih modem ialah :

1. Serasi dengan modem ISP (compatible)

ISP anda akan menerangkan apakah standard protokol yang digunakan bagi dial-up internet yang disediakan oleh mereka. Antara yang popular adalah 33.6, K56Flex, X2, V.90 atau yang terbaru V.92. Walaupun kebanyakkan ISP sekarang menggunakan standard V.90, mereka juga - terutama ISP yang lama - masih mengekalkan modem lama 33.6 dan K56flex seperti TMnet. Carilah modem yang mempunyai dual mode autoswith 56K yang lama dengan V.90. Modem baru sekarang ada logo V.92. Bagaimanapun ia tidak mempunyai sebarang makna kerana isp macam tmnet dan Jaring tak support V.92 Dari orang dalam, TMnet sudah support v.92 tapi hanya untuk node kelana jaya sahaja.

2. Jenama yang dipercayai (brand)

Bila disebut modem, jenama USR adalah paling top dan disyorkan ramai. Ini kerana ia memberikan capaian internet yang bermutu dikawasan dimana modem jenama lain akan meragam. Akan tetapi USR juga mengeluarkan berbagai jenis modem jadi jangan pakai beli asal jenama USR saja sebaliknya buatlah penyelidikan anda dahulu.

Selain dari jenama USR, tak ada salahnya - asal saja anda tahu memilih - menggunakan jenama tempatan seperti thundercom atau Blue Thunder.

3. Modem chipset

Modem chipset mempengaruhi prestasi modem tersebut. Pilihlah modem yang menggunakan chipset Conexant (nama baru untuk Rockwell) dari chipset lain seperti Intel, Texas Instrument, Cirrus Logic, Motorola, Pc Tel dan sebagainya.

Mengapa mesti Conexant chipset ? Sebab ia antara terbaik selepas USR. Harus diingat USR mengeluarkan modem mereka sendiri tetapi Conexant hanya mengeluarkan modem chipset sahaja dan modem tersebut dibuat oleh pihak lain. Tapi sekarang ni modem dengan Connexant chipset susah mau cari. Samada anda beli USR external (serial) atau yang guna chipset Intel. Jangan beli modem yang tak ada tulis apa chipset digunakan.

4. Modem Driver

Pastikan anda mengunakan modem driver yang update. Anda boleh mendapatkan driver terbaru dari web site pengeluar modem tersebut. Itu pun jika anda menggunakan modem yang terkenal. Jika anda menggunakan modem OEM yang anda sendiri tak tahu siapa pengeluar sebenar modem tersebut, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari http://www.modem-help.freeserve.co.uk/

Anda juga boleh menggunakan driver dari modem jenama lain yang serasi dengan modem anda. Apa yang perlu anda perhatikan ialah persamaan jenis chipset dan feature modem tersebut.

5. Hardware modem vs software modem

Terdapat dua jenis modem iaitu hardware modem dan software modem (atau host modem). [Kita tidak cerita tentang kabel, ISDN, atau PCMCIA modem, wireless modem dalam artikel ini]. ]

Sebagai panduan, secara amnya kebanyakkan ...

USB modem adalah software modem tapi tidak semua kekira dalam 98%.
Internal modem (PCI interface) adalah software modem contohnya modem berharga rm40/=
Internal modem (ISA interface) adalah hardware modem (tidak lagi dikeluarkan)
External modem (serial modem) dijamin 100% hardware modem kerana setakat ini tiada kes serial modem adalah software modem.

Perbezaan yang ketara antara hardware modem dengan software modem ialah
1) - Software modem mempunyai tulisan pada kotaknya "memerlukan windows 9*, NT4, w2k, XP"
2) - Software modem susah diinstall
3) - Jika pengeluar modem tidak membuat driver baru, tak ada apa yang anda boleh buat
4) - Software modem menggunakan kuasa CPU untuk memproses data.
5) - Tidak boleh digunakan untuk sambungan ke ISP tertentu jika ia tidak serasi dengan modem ISP tersebut

Pilihlah hardware modem walaupun harganya mahal sedikit tapi anda akan berpuas hati .

6. Internal modem vs external modem

External modem bermaksud serial modem bukannya USB modem. USB modem kebanyakkannya adalah software modem.

Internel modem ialah modem yang dipasang dalam unit cpu manakala external modem disambungkan menggunakan serial kabel. Keduanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Internal modem kelihatan lebih kemas kerana tiada kabel yang berselirat. Kekurangannya pula ialah susah di install, tiada penunjuk status modem dan hampir semua internal modem adalah software modem.

Kekurangan external (serial) modem ialah mempunyai mempunyai kabel telepon, serial kabel dan power supply kabel yang berselirat, harganya mahal dan terpaksa diletakkan ditempat yang bersesuaian. Kelebihannya pula ialah senang diinstall, mempunyai lampu LED penunjuk status modem, mempunyai suis "power on/off".

Tiada kaitan samada external atau internal modem memberikan capaian internet yang laju dan stabil.

Jika anda menggunakan external modem, jauhkan dari lampu kalimantang (fluorescent) samada jenis biasa atau kalimantang padat. Ini untuk yg guna lampu meja. Ini kerana lampu kalimantang menghasilkan frenquency tinggi yang menggangu data modem.


Bahagian 3 - hardware

Sistem komputer (hardware)
Hardware komputer juga mempengaruhi kelajuan capaian dial-up internet. Bila disebut hardware komputer dan kesan kepada capaian internet, ramai yang salah paham atau kurang paham maksud sebenarnya.

Benar hardware komputer mempengaruhi kelajuan capaian internet tetapi tidak benar jika dikatakan menggunakan Pentium !!! atau Pentium 4 dapat menambahkan kelajuan capaian internet. Begitu juga tidak benar jika dikatakan capaian dial-up internet menggunakan sistem komputer berkuasa tinggi (misalnya cpu 1GHZ) lebih laju berbanding budget sistem atau sistem lama dengan cpu Pentium 133mhz.

Apa yang paling penting ialah software dan sistem operasi yang digunakan mestilah sepadan dengan kuasa komputer tersebut. Begitu juga software dan sistem operasi ditune (tweak) untuk mencepatkan capaian dial-up.

Misalnya jika pc anda ialah pentium 133mhz dengan 16mb ram. Software yang sesuai untuk sistem ini ialah windows 95 + msie 3 + netscape 3 dan lain-lain internet software yang keluar di zaman pentium 133 dulu. Jika anda cuba menggunakan win ME apatah lagi w2k, tak ada guna kerana ia tidak direka untuk pentium 133mhz.

Jika pc anda ialah Thunderbird 1.4ghz dengan 256mb ram, tak ada masalah kerana anda boleh menggunakan apa saja software terkini dalam pasaran.

Berkaitan Pentium !!! atau Pentium 4.

Maksud sebenar Intel ialah Pentium !!! atau Pentium 4 dapat memberikan persembahan internet terbaik bila melungsuri website yang penuh dengan unsur multimedia dalam real time (streaming) berbanding Celeron atau cpu saingannya. Bagi pengguna dial-up, kelebihan itu tidak berguna kerana streaming multimedia direka untuk pengguna internet jalur lebar bukan untuk dial-up. Bagaimanapun kerana mujarabnya promosi Intel dan kurangnya kepahaman IT (atau malas membuat homework) , ramai pengguna baru membeli sistem Pentium !!! atau Pentium 4 dengan perasaan capaian mereka lebih laju berbanding pengguna cpu lain. Lebih malang lagi ialah mereka mampu beli cpu mahal tetapi cuma mampu beli internal modem yang murah (atau diberi percuma).

Berkaitan Tmnet powersurf

Powersurf berfungsi sebagai proxy hanya melajukan kandungan web macam html, php .. tapi tidak ftp protokol macam exe, zip, mp3 dan yang sewaktu dengannya.

Sila rujuk http://isp.tm.net.my/prepaidcd/pg2_faq.htm

Iklan tmnet kononnya melajukan capaian internet hingga 3 x kelajuan biasa cuma betul atas situasi tertentu saja.


Bahagian 4 -software

Sistem operasi dan Internet software
Untuk mendapatkan capaian internet yang laju, sistem operasi pc anda mestilah di tweak sedikit pada bahagian TCP/IP nya.

Untuk windows 95
----------------
1. Win 95 yang asal ada bug jadi pastikan anda menggunakan win 95 versi B atau OSR2 atau dalam cd murah dijual sebagai win 97.
2. Update windows soket ke Winsock 2.2 Upgrade (ws2setup.exe)
3. Update MS Dial-up networking ke MS DUN 1.3 Upgrade (msdun13.exe). Anda boleh dapatkan kedua-dua update
tersebut dari laman microsoft.
4. Gunakan modem driver yang terkini.
5. Control panel --> system --> device manager --> Port (COMM & LPT)
Communications Port --> Port Settings
Ubahkan default nilai kepada : 115200 , 8 , None , 1 , Hardware
klik advanced .. --> Pastikan ada tanda üse FIFO buffers, dua-dua label ke maksimum.
6. Control panel --> Modem --> General --> Properties
General: maximum speed = 115200. Jangan tanda "Only connect at this speed"
Connection : Nilainya ialah 8 , None , 1
Klik pada "Port Settings .."
Tandakan "Use FIFO buffers" , dua-dua tu setkan ke maksimum --> OK
Klik pula "Advanced .."
Nilai yang patut ialah "Use error control" , "Compress data" , "Use flow control" , "Hardware"
Modulation type = Standard.
Pada ruang "Extra setting" anda boleh isikan modem string mengikut keperluan anda.
7. Control panel --> network
Anda cuma perlu "dial-up adapter" dengan "TCP/IP" sahaja.
Jika anda tidak membuat network di rumah buangkan semuanya kecuali dua tadi.
8. Start --> Programs --> Accesori --> Dial-up networking
Select (atau klik sekali) dial-up yang anda ada misalnya TMnet, Jaring, Maxisnet
Klik kiri dan pilih properties --> Server Types
Anda cuma perlu pilih TCP/IP (rujuk no 7) dan IP Header Compression saja.
9. Adjus TCP/IP registry menggunakan Easy MTU (Boleh digunakan pada Win 9*/NT4/AOL) - Tak support w2k/xp

Win 98 lebih kurang saja mula dari nombor 4.

Restart secukupnya. Bila windows suruh restart, anda mesti restart jangan simpan tiga-empat restart baru nak restart kerana nanti si windows meragam tak mahu nak restart. (Biasalah windows 9* ni macam budak-budak bila ia merajuk pening kepala anda mahu melayannya).

Untuk windows nt4
-----------------
1. Gunakan modem driver terkini dan betul.
2. Control panel --> Ports --> (port utk modem) --> settings
Valuenya ialah : 115200 , 8 , None , 1 , Hardware
Pada Advanced tab pastikan "FIFO Enable"
3. Control panel --> Modem --> Properties
Pada General tab, Maximum speed ialah 115200. Biarkan only connect at ...
Lainnya samalah dengan windows 95 no 6
4. Dial-up networking --> more --> Edit entry & modem properties
Basic tab --> configure --> Initial speed = 115200, Hardware feature enablekan ketiga-tiganya.
Server tab --> Tick TCP/IP dan Enable PPP LCP Extensions. Klik butang "TCP/IP Settings"
Primary DNS dan Secondary DNS bubuhlah DNS server yang laju tak mesti ISP anda punya
Tick Use IP header compression dan Use default gateway

Untuk W2k
Windows 2000 Modem Tweak Guide

Windows XP Modem Tweak Guide

Untuk Linux
-----------
http://www.linuxnewbie.org/nhf/intel/modem...modemtweak.html

Untuk Mac
------------
No idea

Internet software - Web browser

Matikan fungsi imej -

Memanglah bila matikan fungsi imej paparan web menjadi tidak menarik. Tapi terpulanglah pada anda - sebab anda yang bayar bil telepon anda bukan saya - samada nak paparan menarik dan tunggu lama sedikit atau nampak text sahaja tapi cepat.

Matikan fungsi java -

Java adalah satu program kecil yang dijalankan menggunakan web browser. Bagaimanapun java akan melambatkan web browser kerana terpaksa download dan excute dulu. Java juga mempunyai kemungkinan untuk meng-crash-kan web browser anda. Kebanyakkan web site hanya menggunakan java untuk image atau sekadar mengucapkan "selamat datang ke homepage saya".

Matikan fungsi javascript -

JavaScript telah banyak di salah guna dalam web. Antara contohnya ialah hijack toolbar, hijac right click, pop-up, exit banner, hidden frame dan banyak lagi. Sebab itu adalah lebih baik anda enabelkan javascript di website yang anda percayai sahaja.

Active X ialah javascript versi microsoft. Ia hanya untuk msie sahaja. Antara kelebihannya ialah klik satu link dan browser start page anda sudah bertukar.

Gunakan software seperti Web washer ataupun Proxomitron untuk menyekat banner iklan, pop-up windows, counter.

Menggunakan web browser seperti Opera atau Mozilla base yang boleh block pop-up.

Bahagian 5 - Talian telefon
Antara penyebab utama ialah "noise" iaitu bunyi bising dalam talian telefon. Anda boleh menguji dengan mengangkat gangang telefon dan mendail sebarang nombor yang tidak lengkap misalnya 011 atau 1800. Sistem telefon akan memunggu anda memasukkan nombor berikutnya. Semasa bunyi senyap tersebut dengarkan betul-betul samada kedengaran bunyi yang tidak anda ingini. Jika terdengar bunyi orang berbual atau sebarang bunyi krek krek bermaknanya talian telefon anda bermasalah.
Antara beberapa sebab bunyi tersebut ialah

1) Sistem pendawaian telefon dalam rumah

- Jika pendawaian telefon anda telah lama misalnya sudah 50 tahun lebih baik buat pendawaian semula.
- Periksa penyambung dari set telefon ke soket tepi dinding dan sepanjang kabel hingga keluar rumah. Anda cuma boleh periksa dan betulkan setakat itu sahaja. kabel seterusnya yang berwarna hitam adalah milik telekom.

2) Pendawaian dari rumah ke tiang telefon

- Anda cuma boleh periksa wayar hitam dari rumah anda ke tiang telefon samada putus dan disambung semula oleh pihak telekom. Kebiasannya tempat putus yang disambung itu berkarat / dimasuki air menyebabkan mutu talian kurang baik. Tak ada apa yang boleh anda buat melainkan minta kabel baru dari tiang ke rumah anda. Jangan sekali-kali panjat tiang telefon untuk membetulkan sendiri.

3) Dari tiang depan rumah ke ibusawat telefon

Banyak sebab diluar kawalan anda seperti kegiatan "gali lobang tutup lobang", pembesaran jalanraya atau mungkin juga pihak telekom mengupgrade kabel dari wayar tembaga ke fiber optic..

Jika sebelum ini capaian internet anda bagus sekali tiba-tiba ia menjadi teruk mungkin itu adalah penyebabnya.

Wireless

Dikawasan tertentu terutama di kampung-kampung, rumah-rumah yang jauh dari jalan besar dibekalkan telefon menggunakan sistem wireless. Jika telefon rumah anda menggunakan sistem tanpa wayar, kelajuan maksima untuk internet hanya setakat 33.6k sahaja. Itu pun kalau boleh masuk internet. Sistem wireless ni ada dua iaitu CDMA (kod depan 018) dengan TmWill (sama dengan kod biasa 07 06 05 .. )

Bahagian 6 : ISP - Internet Service Provider
ISP atau Penyedia perkhidmatan internet ialah pihak yang diberi lesen untuk menyediakan kemudahan capaian internet kepada masyarakat. Di Malaysia terdapat berbagai ISP seperti Putranet, Nasionet, Jaring, Maxisnet, Timenet, Tmnet, Celcomnet, Sabahnet serta Sarawaknet sekadar menyebut sembilan nama. Bagaimanapun hanya dua ISP sahaja yang mempunyai rangkaian seluruh negara termasuk Kedah dan Melaka iaitu Jaring dari MIMOS iaitu ISP yang terawal dan TMnet ISP terbesar kepunyaan Terukkom Malaysia Bhd.
Antara semua ISP tersebut terpulanglah mengikut cita rasa anda kerana ada yang kata ISP ini bagus dan laju dan ada yang berkata semua ISP serupa sahaja.

Overload

Sesebuah ISP mempunyai sasaran berapa ramai pengguna internet yang boleh ditampung oleh mereka pada sesuatu masa. Jika ISP tersebut lebih menumpukan kepada iklan promosi menarik ramai pelanggan dan tidak peduli kapasiti rangkaian mereka seperti TMNet (atau dikenali sekarang sebagai BlueHyppo.com) maka rangkaian ISP tersebut akan sesak sama seperti kesesakan di lebuh raya - bayar TOL masih sesak juga. Kesesakan ini dirasai pada waktu puncak seperti sebelah malam sampai awal pagi dimana ramai pengguna duduk rumah melayari internet atau waktu tengahari dimana ramai orang sedang berihat.

Speed Trap

Selain itu ISP juga boleh mengenakan had laju sepanjang-panjang rangkaian internet mereka dimana pengguna akan komplen mengapa ISP lain laju tapi ISP ini s-l-o-w sekali. Anda boleh merasai had laju ini bilamana kelambatan capaian internet anda tetap sama biarpun anda memasuki internet pukul 5 pagi dimana kebanyakkan pengguna yang lain sedang berdengkur. Kalau pukul 9 malam internet lambat memang patut sebab ramai orang guna tapi bila waktu subuh lambat juga apa hal ?

Terdapat terlalu ramai pengguna ISP tertentu bertumpu di sesuatu tempat.

Antara tanda-tandanya ialah anda akan mendapat ralat "talian penuh" (busy line) bila mendail nombor ISP anda. Tetapi jika ISP anda bijak ia akan meningkatkan nisbah modem per user mengakibatkar ramai pengguna boleh masuk tapi capaiannya begitu lembab sekali. Jika kawasan anda mempunyai pilihan ISP lain, cubalah menggunakan ISP yang lain. Ataupun pindah ke kawasan lain.

Kesimpulan :

1.Jika capaian internet anda sebelum ini begitu bagus sekali tiba-tiba sahaja ia menjadi teruk lihat-lihatlah sekeliling kawasan perumahan anda samada anda ternampak lori telekom mengupgrade kabel kepada fiber oftik, ada pokok tumbang menghempap talian telepon atau kerja-kerja pengalian jalan sedang dijalankan.

2.Jika anda tak tahu puncanya cubalah menggunakan perkhidmatan internet dari ISP lain.

3.Layari internet diluar waktu sebok misalnya awal pagi.

Bahagian 7 : Lalu-lintas internet semasa
Pengguna internet mengikut kawasan geografi
Kebiasaanya pengguna internet melungsuri internet pada waktu malam sambil lepak-lepak bersama keluarga atau waktu siang semasa di pejabat. Dengan mengetahui corak pengguna ini kita boleh memilih waktu mana yang sesuai untuk kita memasuki internet.

Cara yang mudah ialah menggunakan World Time iaitu satu perisian jam berbagai tempat di dunia.

Di kawasan Asia Tenggara, sambungan Internet ke Ama melalui kabel dasar laut samada Lautan Pasifik atau lautan Atlantik. Kerana kabel tersebut terlalu mahal jadi ia dikongsi bersama oleh beberapa negara.

Faktor diluar kawalan

Satu perkara yang tak pernah sesiapa mahu berlaku ialah putusnya kabel internet dasar laut. Pengguna di Malaysia sekurang-kurangnya mengalami dua kali gangguan iaitu pada tahun 1988 kabel di laut Jepun putus dan tahun 2000 gempa bumi di Taiwan. Lazimnya kabel tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk dibetulkan.

Pihak ISP anda akan menesongkan ke kabel dasar laut yang lain atau menggunakan satellite. Di waktu ini banyak-banyaklah bersabar.

Bahagian 8 : Remote Host
Remote host ialah tempat tujuan terakhir dalam capaian internet anda. Ia boleh jadi ftp server atau web server atau mungkin mail server yang berada dimana-mana sahaja beratus kilometer jauhnya dari anda. Kelajuan remote server itu bergantung kepada hardware yang digunakan, webhosting dan sambungan kepada internet.
Server yang berada di Rusia dan Afrika atau kawasan yang sewaktu dengannya memang begitu perlahan sekali kerana jauh dan kemudahan jalinan internet yang sama seperti kita.

Bagaimanapun tapak web yang terkenal seperti hotmail atau yahoo! juga menghadapi masalah kerana terpaksa menampung terlalu ramai pengguna pada satu masa.

Ringkasan :

1.Jika anda menggunakan hotmail atau yahoomail carilah alternatif mail lain yang tidak ramai pengguna.

2.Jika anda melayari website, carilah server bayangan atau "mirror server"

3.Jika anda download sesuatu file, carilah tapak utama dan tapak bayangan. Pastikan anda menggunakan download manager yang pintar boleh download satu file yang sama dari berbagai lokasi serentak.

4.Jika tapak tersebut begitu perlahan sekali, cuba lagi dilain kali.

Bahagian 9 : Software bantuan
1. NetMedic
- Ia memberikan satu bentuk visual pergerakan data internet dari dan ke komputer anda.
- Untuk download gunakan ftp search keyword "nm.exe" file saiz 1,001kb kerana laman asalnya sudah tidak wujud.
2. Internet maniac
- Gunakan fungsi "ping" utk pingkan domain kegemaran anda misalnya hotmail.com. Tujuan "ping forever" ini adalah untuk memberitahu ISP anda bahawa anda sedang aktif dalam internet.
- http://www.bigfoot.com/~birla/software/maniac.html (shareware) atau cari dari ftp search untuk versi lama yang freeware. Keyword "maniac". Saiz kecil saja tak sampai 50kb.

3. Proxomitron
- Untuk block iklan, pop-up windows, anonying web trick = capaian anda jadi lebih laju.
- Juga untuk anonymity kerana boleh fake/hide refreere, user agent, proxy tester/rotater

4. Gunakan public proxy / web cache
- Bergantung kepada proxy - ada yang cepat dan ada yang semakin lambat.

Kesimpulan dan rumusan
Capaian dial-up internet dipengaruhi oleh banyak sebab. Ada yang boleh dikawal seperti sistem komputer, software, hardware, pendawaian dalam rumah dan ada yang diluar kawalan kita seperti talian telefon dan remote host.
Jika sebelum ini capaian internet anda bagus sekali dan anda tidak buat apa-apa pada komputer anda tiba-tiba anda mendapat ralat "password salah" atau capaian begitu teruk jangan betulkan komputer anda. Sebetulnya ISP atau penyedia talian telefon yang bermasalah bukan komputer anda.

Tidak ada komentar:

Tinggalkan Pesan Anda